-->

♥talk and write ♥

http://annurzulaika.blogspot.com

my name is zulaika,my name is zulaika,myname is zu
LiveTyping.com

Pages

  • home
  • dunia photography ku
  • kesayangan hamba :)
  • my hockey team

Tuesday, March 13, 2012

sifat kemanusiaan semakin rapuh

assalamualaikum...my entri today mcm menghilangkan mood orang kan.. but pliss bce la sampai habis .. :/
 u olls tahu ADIK NADIRAH ??yg dikhabarkan hilang sejak 1 mac lalu?? semalam satu negara dikejutkan dengan kematian dia.. :( kejadia sama berulang lagi.. aku sedih..aku rasa marah..tapi aku tak taw na luahkan..
kenapa mereka yg jadi mangsa???dierorang tak taw apa-2??? adik sharlinie dah berapa lama hilang tak ditemui??? kita doakan lah dia selamat even kitatak taw mcm mana keaadaan dia..arwah adik nurin mati dibunuh dgn begitu kejam...didera secara seksual...arwah adik nadirah mati dibakar??? mana sifat kemanusiaan manusia sekarang ni???MANA???MANA??aku serius sedih dan nak marah sangt-2..tolong la kalau kena kat keluarga dia macam mana??boleh ke dia tanggung perasaan tu..kesian mak dia menangis-2..betul ckp dia kenapa perlu mintak duet dgn dia sampai berpuluh ribu..dia bukan orang kaya...!!!!aku boleh rasa sbb kau ada adik yang sebaya dgn nadirah..mmg la malang tu tak berbau..kita cegah mcm mana pun kalau nak jadi-jadi jgk..
blasan dia hanya ALLAH yg tahu betapa azab nya.. ALLAH dah janjikan syurga tempat arwah NADhIRAH...

                             
                                                                sekilas pandang

pasir Gudang - Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.

"Saya telahpun mengarahkan timbalan saya Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Dalam kunjungan yang turut disertai oleh isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam itu, Mohd Mokhtar turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tragis dan menyayat hati itu.

Beliau berkata kejadian itu harus dijadikan iktibar dan masyarakat digesa supaya mengawasi anak-anak supaya tidak terdedah kepada ancaman keselamatan.

"Saya juga minta masyarakat berwaspada jika terlihat karektor mencurigakan," katanya.

Mengenai panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh ibu mangsa, Roselyn Alan, 25 daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan semalam, Mohd Mokhtar berkata pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. - Bernama

Ibu Dirang tidak akan maafkan pembunuh

JOHOR BAHRU - Ibu kepada Nurul Nadhirah Abdullah, kanak-kanak yang disahkan dibunuh dan dibakar selepas hilang dari rumahnya hampir dua minggu lepas, tidak akan memaafkan orang yang bertanggungjawab dan mahu dikenakan hukuman setimpal.

Roselyn Alan, 25, berkata beliau berharap individu berkenaan dikenakan hukuman sama seperti kekejaman yang dilakukan terhadap anaknya yang berusia lima tahun itu.

"Saya tidak tahu kenapa dia sanggup buat anak saya sehingga macam itu. Anak saya masih kecil dan tidak tidak tahu apa-apa. Saya tidak akan maafkan dan saya mahu dia rasa apa yang anak saya rasa,"katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan takziah dari Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan isteri, Datin Bibi Zakiah Meraslam, di rumahnya di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, hari ini.

Menurut Roselyn, hatinya berasa amat sakit sejak menerima panggilan pengesahan dari polis petang semalam dan masih tertanya-tanya punca yang menyebabkan anaknya diperlukan sedemikian rupa.

"Saya bukan kaya, kalau minta duit sekalipun saya memang tiada duit. Musuh pun saya tidak ada," katanya.

Roselyn berkata beliau tidak dapat tidur dan tidak lalu makan sejak Nurul Nadhirah yang mesra dipanggil Dirang, didapati hilang dan telah berusaha mencarinya dari pukul 8 pagi setiap hari sehingga malam dengan menaiki kereta di sekitar bandar.

Menyifatkan Dirang sebagai seorang anak yang baik dan tidak cerewet, Roselyn berkata beliau pasti teringatkan Nurul Nadhirah setiap kali mahu membancuhkan susu untuk anak bongsunya, Ainul Suhada Abdullah, yang baru berusia dua bulan.

Katanya, sebagai kakak, Nurul Nadhirah sangat menyayangi adik perempuannnya dengan sentiasa memberikan ciuman serta memilihkan pakaian berwarna merah jambu.

Nurul Nadhirah turut gemar mewarnai buku dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, katanya.

"Dirang selalu minta susu dan makanan. Dia selalu peluk dan kami tidur bersama-sama setiap malam. Sebelum dia hilang, dia sempat makan sebungkus roti dan memeluk saya sambil bertanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak," katanya.

Roselyn berkata Nurul Nadhirah turut meminta dibelikan sebuah buku sebelum kehilangannya, bagaimanapun, dia tidak sempat memenuhi permintaan anaknya itu.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, dekat sini, pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya itu. Polis menahan reman empat individu termasuk seorang wanita sehingga 19 Mac ini bagi membantu siasatan.
 - Bernama




 KAU TERLALU ISTEMEWA 
Posted by ♥ZULAIKA AZAIEDIE♥ at Tuesday, March 13, 2012 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 4, 2012

pengakhiran sebuah penantian yang menyeksakan :'(

my sad entry today : yesterday 3.3.12 engagement day between my ex-bf with her fiance !! knp aku yang perlu rasa semua ni..kenapa aku yang harus terima semua ni..yes i know tuhan da tentukan setiap jodoh hambanya..tapi aku tak berhak ke dapat kasih sayang die.
 sebelum engagement day 2.3.12 @ 3.00am : my phone was ringing : 013++++ [xtaw sape then terus pickup] then terus tny siapa ni?? org tu pon ckp tanpa henti " maafkan saya,saya xnak awak terluka lagi tunggu saya saban hari saban waktu..saya sayangkan awak tapi awak yg buat saya jadi saya tak layak untuk awak..maafkan saya sebb dah mungkir janji dgn awak..awak berhak dapat yang terbaik dari saya..bukan saya.. saat tu aku da teresak-2 menangis sbb suara yg aku rindu aku dapat dgr akhirnya even just 15 minutes !! saya pilih dia sbb dia cinta saya...saya sayang dia,saya tak boleh hidup tanpa dia..[tanpa dia habiskan ayat yg menyakitkan tu,aku terus off phone n sambung tidur dgn air mata yg berlinangan .. aku tak nak my parent sedih lagi tgk keadaan aku yg down gile that time and one more thing that i could say to you : thanxs becouse treat me like this!!!
i will neva love u again i pray to my God "YA ALLAH,temukan aku dgn hambamu yang kau telah tetapkan dia untuk ku bila sampai waktu nya nanti,andai umur ku panjang kau berilah aku merasa sedikit kasih sayang seorang lelaki yg aku dambakan.. AMIN.. aku tak tahu kenapa aku terlalu syg kan dia..mungkin sbb dia cinta pertama aku kot..sbb aku tak pernah syg org lain mcm aku sayang dia.dalam hidup aku ada yg datang dgn sendiri dan pergi tanapa aku pinta tapi rasa akit itu tak terbanding dgn rasa sakit ditinggalkan oleh dia..

TO YOU : MOHD SYAFIQ HILMI B MAT DESA
saya doakan awak bahagia bersama pilihan hati awak..saya lepaskan awak kerana terpaksa..dgn izin ALLAH,
insyALLAH kita bertemu lagi
love in peace ,
 ANNUR ZULAIKA AZAIDIE
this pic : mungkin kalau jodoh aku panjang aku wanita itu..tapi aku tahu dia lebih berhak :) HAPPY ENGAGEMENT day semoga panjang umu dan bahagia hingga ahkir hayat

THIS SONG ;mmg deserve utk aku :/
Posted by ♥ZULAIKA AZAIEDIE♥ at Sunday, March 04, 2012 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)


track blog walking

tomcat web hosting | undefined

shoutbox






About Me

My photo
♥ZULAIKA AZAIEDIE♥
kuantan, pahang, Malaysia
Hi, i'm closed with my blog :) sometimes ada saja something yg roro nk update!! dan kadang-2 malas jugak then biarkan die besawang so for u all yg sudi read my blog! i wishing u Thanks to look my blog ♥ i ♥ you more friend ! My best friend say I'm funny, crazy. Not very good friends say I'm shy, I'm quiet. Not my friend say I'm Arrogant, show off, crack ! so, be my friend just found out :) i ♥ my Family & My friend so much :D Don't judge me until you know me, don't underestimate me until you've challenged me, and don't talk about me until you've talked to me. I AM just who i am..really a honest partner if i have someone to love..im so sorry if my entry its not too wonderfull just like u though.thanxs u olss make my day
View my complete profile

Facebook Badge

Annur Zulaika

Create Your Badge
 

Blog Archive

  • August (1)
  • July (1)
  • May (3)
  • April (1)
  • March (1)
  • February (2)
  • December (2)
  • November (4)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (4)
  • June (4)
  • April (4)
  • March (2)
  • February (14)
  • January (9)
  • December (21)
  • November (29)
  • September (6)

MY BUTTON

day of the day


Get a Glitter Calendar Click Here

tweet- tweet

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

easy to be me

Search This Blog

Followers

Powered By Blogger

Lady Bug Note Generators
Powered By Blogger
center>
pororolicious. Picture Window theme. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.