assalamualaikum, hri ni entry lain siket sbb roro ada terbaca satu surat cinta dr blog MR K sangat kiutt dah terbayang setiap baris ayat yg ditaip. alangkah indahnya jika roro alam sendiri saat-saat tu..( mulalah tu)
btw, kepada MR K, roro harap MR K tak keberatan jika roro pun ada entri lebih kurang dengan MR K.
macam currypuff tapi inti die lain-lain..ada ayam etc :) haa x lupa juga roro nak say thanxs dekat nani sbb teman roro berbbm dengan die sambil roro update entry ni. she's funny ! okay mari mengelamun bersama..
so wahai sang suamiku.
i do not know how to describe my feelings at this time sebab umur dah mencecah 22 tahun this year ,
soalan paling sensetif untuk perempuan bila orang bertanya "kamu bila lagi" ?
i masih tercari-cari siapa yang dititipkan untuk i ,untuk berkongsi hidup dengan i hingga ke syurga insyaALLAH..jadi i harap u akan terima segala kelebihan dan kekurangan i bila u jumpa i nanti..i tidak mengharapkan lelaki yang punya harta bertimbun-timbun,cukuplah u boleh bagi keselesaan i dengan anak-anak kita nanti. i tahu u mampu menjadi seorang suami dan bapa yang baik. tambahan lagi u pandai ,soleh dan sedap mata i memandang.
i harap i boleh jadi isteri yang terbaik untuk u sebagaimana SITI AISYAH, yang boleh menjaga makan minum u,kesihatan u segala-galanya untuk u, untuk pengetahuan u i dah mula belajar memasak. dan boleh dikatakan sebut sahaja apa nak makan,insyaALLAH i sediakan. mak i selalu cakap "nak pikat hati suami haruslah dengan air tangan isteri, i tahu walaupun tidak sesedap hotel LIMA bintang tapi i akan pastikan yang u sentiasa kenyang dengan masakan i.
sebut pasal panggilan untuk kita nanti, i rasa panggilan abang paling halus paling romantik.i rasa xperlulah kita nak mat salleh sgt hheheh :) i panggil u abang supaya i rasa hormat pada u berterusan. untuk i , i rasa u dah ada jawapannya.
u, i harap i dapat laksanakan tanggungjawab i sebagai isteri u yang terbaik didunia dan diakhirat nanti.
wahai bakal imamku,
i harap u bukanlah dari jenis lelaki yang panas baran, sentiasa lah bersabar dengan apa sekalipun sebab u akan jadi pembimbing i yang hot tempered siket ni.kalau dua-dua hot kan tk jadi. i juga harap u tak ramai gf sebelum i kalau takde langsung pon okey :) sbb nanti i tkt i tak dapat nak kawal perasaan jelly i dengan ex-ex-ex gf u. u harapan i u akan sentiasa pimpin tangan i ke syurga, didiklah i menjadi seorang isteri yang solehah seperti mana abah mendidik i selama ini. kalau i boleh buat permintaan : i nak suami yang paling manja dalam dunia !
u untuk u datang meminang i nanti i takkan harapkan hantaran yang berpuluh-puluh ribu cukuplah sekadar yang u mampu, sebab i tahu i nak hidup dengan u bukan berlandskan wang hantaran yang i minta nanti,tetapi kasih sayang u yang berpanjangan keikhlasan u yang i dambakan.
akhir kata dari i wahai sang pencinta,
i harap kita dipertemukan ya Rabb secepatnya sebab i khuatir i tersalah pilih.u carilah i dalam setiap solat u
insyaALLAH kita akan dipertemukan.
sebelum i akhiri, i nak ingatkan u, i bukanlah secantik bidadari, i diciptakan dengan penuh sifat buat masa ini alhamdulillah. i dijaga oleh mak dan abah sesempurna mungkin hingga saat ini, i harap u tak kisah sebab i dah bersedia menerima setiap kelebihan dan kekurangan u nanti.
i dambakan sebuah keluarga yang sempurna, u sentiasa ada dikala usai solat i setiap waktu, u sentiasa ada setiap kali i perlukan kekuatan dalam menempuh hidup u sentiasa ada setiap kali i hidangkan masakan kesukaan u , u sentiasa ada apabila i jatuh , u sentiasa ada dikala i inginkan belaian u ..
i harap, i akan bertemu dengan u .. BAKAL IMAMKU :)